top of page

ANECDOTE

PESAWAT PALING AWAL

Apabila kami berdua merancang untuk ke luar negara,beliau akan tolong booking tiket saya.Untuk berjimat kami selalu membeli tiket penerbangan pagi Air Asia.Saya akan bermalam dirumahnya, takut terlewat bangun kerana jam 4 pagi harus ke airport.Saya mengomel,mengapa tiket murah selalu waktu subuh! Rahime mencelah, kau ingat kapal terbang itu bapak kau punya. Kami berdua sama sama ketawa diperhatikan isteri beliau Zarina yang juga tumpang ikut ketawa.

PESANAN

Bila kami berkembara,Rahieme selalu bercerita.Ada cerita lucu, sedih ,mendidik dan adakalanya seperti pesanan yang terlalu peribadi. “Kamu harus bersiap.Sebelum usia mencecah 40 tahun.Kamu mesti punya rumah untuk keluarga dan sebuah studio untuk bekerja”. Diusia 38 tahun,saya menyahut pesanan itu.Saya dapat rasakan beliau ikut berbangga.

PRINSIP

Semasa kami berdua sedang makan di Maliboro,Jogjakarta. Datang sekumpulan pengamen menghibur kami, Bila selesai bermain musik , Rahieme menjemput mereka makan bersama sama. Salah seorang pengamen itu memesan bir sebagai minuman. Rahieme berkata kepadanya.’’Bir itu kamu bayar sendiri ya.’’

SAYANG SAHABAT

Semasa saya membuat persiapan pameran Akal dimata Pisau di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 2003. Rahieme begitu banyak membantu saya. Sepanjang bekerja bersamanya,beliau tidak berkata apa apa.Saya semakin faham.Saya teringat sebuah lagu kegemaran saya yang dinyanyikan oleh Sting. If you love somebody set them free.

1941/ 1994

Sekembalinya saya dari Tokyo pada 1994, saya terus melawat Rahieme.Beliau memperkenalkan saya kepada ibunya. ’’Ini kawan saya Juhari,baru pulang  belajar dari Jepun.Dengan loghat utara ibunya menjawab, ’’Makcik cukup tak suka orang Jepun’’. Kami berdua tersenyum.Rahieme memberitahu,ibunya remaja semasa Jepun menyerang Malaya pada 1941.

GALERI SHAH ALAM 1999/ 2000

Semasa Rahieme menjawat pengarah Galeri Shah Alam, Tengku Sabri, Pustaka Cipta dan saya  melancarkan jurnal bernama Tanpa Tajuk serentak empat ruang pameran dibuka untuk semua artis Malaysia. Akhirnya penyertaan untuk artis terpaksa ditutup kerana ruang pameran masih tidak mencukupi ... Sambutan paling hangat dan meriah pernah saya saksikan di Galeri Shah Alam!

LULA.jpg

LULA

Lula, anjing kami asalnya hanya binatang terbiar. Semasa kecilnya datang menyerah diri ke rumah kami, makan saja apa yang boleh. Pisang, nangka, kulit jagung, rambutan dan entah apa lagi untuk mengalas perutnya. Kini bila sudah lama bertuankan kami, makanan kegemarannya nasi berkuah kari.

KISAH DISUATU PETANG.jpg

KISAH DI SUATU PETANG

“Biarlah betik yang aku tanam dicuri monyet, sebab nak beli dia tak berduit, nak menanam pula mereka tak pandai”, kata Wak Misran kepada saya di suatu petang, menceritakan kisah betik-betiknya yang sering dicuri oleh monyet-monyet liar.

PERIHAL PRODUCTIVITI.jpg

PERIHAL PRODUKTIVITI

Kata orang tua-tua, jangan jadi seperti betik jantan, orang berbunga dia pun berbunga, tapi bila orang berbuah, dia tidak

KALAU KITA RASA.jpg

KALAU KITA RASA

Kalau kita kaya, ada lagi orang yang lebih kaya. Kalau kita pandai, ada lagi orang yang lebih pandai dan kalau kita kuat ada lagi orang yang lebih kuat. Begitu juga kalau kita rasa, kita lebih tinggi, ada lagi orang yang lebih tinggi.

 

Selepas solat Aidilfitri

East London Mosque 2009

GIMNASIUM DASAR LAUT .jpg

GIMNASIUM DASAR LAUT

Wajah seorang penyelam ikan di Pulau Sabang, Acheh. Dia tak pernah mendengar dan mengetahui pun apa itu gimnasium.

HIDUP SENANG KLAU PUNYA HATI.jpg

HIDUP SENANG KALAU PUNYA HATI

Suatu masa cuti sekolah, kami sekeluarga bercuti ke Terengganu, di Pulau Lang Tengah. Sebelum menaiki bot, kami memanfaatkan 45 minit yang ada melawat ke sebuah kampung bernama Telaga  Papan yang ramai penduduknya merupakan penanam tembakau.

 

Saya hanya mengikut rasa hati, berkunjung ke sebuah rumah yang tidak kami kenali. Pemilik rumah tersebut bernama Pakcik Jaafar. Hatinya begitu terbuka bersama isteri menerima kedatangan kami. Anak-anak saya melawat tanaman tembakau serta bermain bola bersama-sama anaknya. Sebelum pulang, kami dijamu, begitu besar hati dan jiwanya. Pakcik Jaafar sekeluarga telah menjadi sahabat kami.

haji yunus.jpg

HIDUP DENGAN DAUN PISANG HUTAN

Haji Yunus, mencari rezeki dengan menjual daun pisang hutan. Bila saya di jemput ke majlis perkahwinan anaknya, dia begitu bangga memberitahu bahawa rumahnya dibina dengan hasil daun pisang hutan. “Pulanglah lewat sikit, panggang kambing belum masak”, katanya kepada saya ketika kami sekeluarga menjamu selera. Beritahunya kepada saya, adakala rumah nampak, tapi jalan ke arahnya tak jumpa.

BERBUDI PADA TANAH.jpg

BERBUDI KEPADA TANAH

​

WP_20160414_09_02_00_Pro.jpg

SOS CILI DARI COSTA RICA

Cara hidup mereka ekspresif hinggalah ke botol sos.

P1010115.JPG

KREATIF

Jarum ini dipasang untuk menghindarkan burung tidur diatas

papan tanda tersebut.

WP_20160501_13_45_48_Pro.jpg

RAJA

Ada kalanya raja-raja ini begitu takut untuk mati.

P1010279.jpg

DRAMATIZATION

Bila Shashimi sotong dihidangkan,bahagian untuk dimakan mentah sudah dipotong dan diasingkan.Bahagian badan dan kepala serta mata sotong yang berkelip-kelip bernyawa tidak dimakan tetapi untuk ditonton,kemudian dimasak Tempura.

P1010053.JPG

HADIAH

Hadiah paling istimewa untuk seorang guru adalah sebuah kejayan.Tetapi apabila saya membawa keluarga ke Tokyo melawat beliau ini membuatnya lebih gembira dan bermakna.

WP_20160429_15_04_29_Pro.jpg

CHIRIANA

Di Jepun pada zaman dahulu,kalau dijemput minum teh tetamu harus melalui Chiriana iaitu lubang yang terletak disebelah kiri pintu rumah. Semua tetamu mesti memandang kearah lubang yang dipenuhi pasir putih sebelum masuk melalui pintu yang berukuran 60sm x 60sm. Ini bertujuan membersihkan perasaan serta niat negatif. Semoga semua tetamu dapat duduk aman dan manafaat.

WP_20140106_19_07_18_Pro (1).jpg

KESUKAAN

Ada orang suka kereta berwarna merah tetapi ada juga orang suka ayam berkulit merah.

WP_20140106_17_21_26_Pro.jpg

BURUNG DAN TUKANG RUMAH

Sebelum membuat rumah seorang tukang akan membuat rangka rumah, seekur

burung pun begitu juga.

WP_20140117_11_11_49_Pro.jpg

KECANTIKAN

Ada dimana-mana walaupun asing dan terbiar.

WP_20160613_15_28_05_Pro.jpg

PAPAN NOTIS

Bahasa-bahasa papan notis di Kuala Lumpur.

P1000208 copy.jpg

BANDUNG. DESEMBER 2015

Sukarno,seorang tua dan sekumpulan anak muda.

P1000261.jpg

KARYA SENIMAN AGUNG

WP_20151117_11_37_49_Pro.jpg

LAWATAN 

Melawat tapak Serakah Lapindo di Sidoarjo,Surabaya bersama teman pelukis Dwijo.

WP_20151227_14_36_33_Pro.jpg

MAN BESI

Katanya,”Ini gigi 1 Malaysia”

P1130634 copy copy.jpg

Mr. Kwan ( 1950 – 2015)

Beliau seorang pengumpul karya seni yang berjiwa besar,rendah diri dan begitu memahami.

P1140291.jpg

“ TEMPAT TIDUR ”

Lelaki ini sedang tidur di sebuah taman di Kyoto.Mungkin dia punya masaalah peribadi yang sukar.Tetapi tempat tidurnya direka dengan diplomasi.

P1000265.jpg

“ TEMPAT TIDUR ”

Lelaki ini sedang tidur di sebuah taman di Surabaya.Mungkin dia punya masaalah peribadi yang sukar.Tetapi tempat tidurnya direka tanpa diplomasi dan penuh tegas.

WP_20151118_16_07_09_Pro.jpg

PERSAUDARAAN

Persaudaraan itu bukan sahaja dari pertalian darah, tetapi juga dari

kepercayaan dan tanggungjawab.

P1000116.jpg

PENIAGA DI BANDUNG

Kedai mereka kecil tapi keriangan mereka besar.

bottom of page