oleh JUHARI SAID
Dalam seni cetak ada tiga kaedah kerja yang paling utama. Pertama kaedah tekap, kedua stensil dan ketiga adalah cetak. Kaedah yang tiga ini jika menggunakan matrik atau blok ia akan menerbitkan satu sistem yang ‘regimented’ kaku, tegas dan berulang-ulang. Perkara ini tidak digemari oleh ramai karyawan maka oleh itu peranannya diambil alih oleh rumah penerbitan. Ia satu sistem yang baik untuk industri kerana boleh menyebarkan karya yang serupa dengan banyak juga dengan harga yang berpatutan. Oleh itu karya –karya seniman mampu dimiliki oleh orang ramai. Di Barat dan Jepun budaya ini mendapat sambutan yang baik kerana masyarakat memahami dan mempunyai penghayatan yang matang dan tinggi. Berbanding dengan masyarakat negara kita yang masih menganggap edisi tidak esklusif dan tidak original.Perkataan ‘cetak’ dilihat amat kabur dan meragukan maknanya.     Â
Â
Faizal Suif
Â
Karyawan muda ini saya kenali sejak 2006 semasa beliau masih menuntut di Uitm Shah Alam dalam jurusan seni cetak. Saya berkhidmat di tahun tahun akhir sebagai ‘dosen terbang’di universiti – universiti tempatan selama hampir dua puluh tahun. Saya sebagai pemerhati ,tidak pernah bertanya mengapa karya karya beliau harus begitu atau begini. Saya lebih gemar memerhatikan tingkah dan laku. Bagi saya jelas ‘attitude’ adalah persoalan besar dan utama. Tentang lain hal itu soal kedua ,ketiga atau keempat kerana yang lain boleh dilatih dan dipelajari..’Attitude’ adalah tulang belakang seniman sejati,bakat hanyalah kurnian Ilahi kepada semua orang yang dilahirkan didunia ini! Jadi apa ada pada bakat? Kerana setiap orang mempunyainya dan mendapat percuma.Tetapi mengasah bakat dan mengenegahkan bakat perlu ‘dibayar’ bersama kecekalan dan kesungguhan.
Â
Faizal membawa peribadinya seperti cawan yang separuh penuh. Mundar mandir  dalam rendah diri,tetapi dalam masa yang sama beliau seorang yang mandiri. Itu sebatian orang ingin mencari ilmu!
Â
Alami
Â
Karyawan alami seperti ini bukan satu ‘sandiwara eco’ yang sering dilaung-laungkan.Ia bukan fesyen alami yang ‘trendy’. Ia alami yang benar, yang bermula dari mana bumi dipijak disitu langit yang dijunjung. Adalah satu kebiasaan jika saya mendapat pesanan dari Faizal berbunyi seperti ini, Encik Jo, saya balik kampung  membantu bapa saya menanam anak getah.Ini pengalaman sebati diri.
Â
Pengkaryaan
Â
Dalam pengkaryaan, beliau memproses pengalaman alami,estetika yang naluri dan yang dipelajari bersama kemahiran teknik. Ini terbukti dalam karyanya yang bertajuk ‘Lebah’. Lebah itu bersaiz kecil tapi sebenarnya ia lebih besar jika  dilihat dari struktur organisasi koloni dan sumbangannya pada manusia. Dengan pengolahan teknik tekap dan stensel yang mahir, beliau berjaya memperlihatkan estetika yang tinggi dalam karya tersebut. Bolehkah kita bayangkan bagaimana seekor lebah kecil dilonjakan menjadi karya penting dalam pameran solo seperti ini? Begitu juga dengan karya yang bertajuk ‘Labah-labah’. Ia juga seekor serangga kecil yang kurang dipedulikan tetapi amat tinggi nilai ilmunya jika kita mahu mengkaji dari sudut taktikal dan strategi. Karya ini juga begitu menyerlah sebagai  teknik tekapan dan stensel yang begitu baik.
Â
Puisi
Â
Sekuntum bunga kecil nampak begitu besar serinya. Dari putik putik kecil akan terbit pula musim buah yang meriah! Manifestasi ini begitu jelas dalam karya-karya beliau. Mungkin dalam hati kecilnya beliau kagum melihat segala-galanya yang bermula dari sebesar zarah sehinggalah kita manusia menikmati akan kemeriahannya. Dalam dua buah karyanya yang bertajuk ‘growth’ keadaan ini bertambah peribadi. Karya karya ini begitu ‘ketimuran’ Ia seperti sebuah catan tenang. Tanpa gangguan. Apakah berkarya itu sudah seperti sebuah ritual peribadi? Atau melukis puisi yang bukan untuk didengari tapi untuk dihayati dan diamati..
Â
Juhari Said
Akaldiulu
November 2017
Â
(Dipetik dari katalog pameran solo Faizal Suhif, Visual Poetry, G13 Gallery Kuala Lumpur 2017)
Comments