Karya yang dipamerkan adalah karya yang bertajuk ‘Jantan’. Karya ini merupakan karya cetakan kayu yang dihasilkan oleh pelukis. Karya ini telah dipilih oleh panel jawatankuasa Japan Print Association di Tokyo. Pameran ini adalah pameran antarabangsa dimana pelukis telah dipilih untuk menjadi wakil negara Malaysia. Pameran ini adalah sempena untuk meraikan ulangtahun ke 80 tahun Japan Print Association. Semua ahli-ahli persatuan akan berpameran bersama-sama dengan 118 orang pelukis dari seluruh dunia. Karya ini juga telah dipilih untuk menyertai auction di Kuala Lumpur pada bulan Oktober oleh Auction House Of Henry Butcher
Jantan, Woodcut, 141 cm x 82 cm, 2005
__________________________________________________________________________________
80th ANNUAL EXHIBITION OF THE JAPAN PRINT ASSOCIATION
INTERNATIONAL PRINT EXHIBITION 2012
VENUE: TOKYO METROPOLITAN ART MUSEUM
INTERNATIONAL SYMPOSIUM OF PRINT
VENUE: TOKYO UNIVERSITY OF ART
Untuk pembukaan pameran, semua tetamu dibawa masuk ke ruang pameran karyawan dari luar negara. Terdapat sebanyak 118 karya pelukis antarabangsa diruang pertama. Sebahagian karyawan antarabangsa yang hadir semasa upacara ini telah diperkenalkan kepada tetamu-tetamu. Pelukis-pelukis diberi peluang untuk menerangkan karya-karya mereka kepada jemputan-jemputan yang hadir. Mereka boleh bercakap dalam bahasa ibunda masing-masing dan diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun.
Dalam masa yang sama sebanyak 926 karya senicetak dari karyawan tempatan juga dipamerkan bersama-sama dalam dewan pameran, tetapi nampaknya tetamu luar negara lebih diraikan dalam majlis tersebut. Ini sikap tuan rumah yang matang dan berbudi tinggi serta berhemah. Seterusnya tetamu-tetamu jemputan dijemput untuk menjamu selera.
Setelah itu, setiap karyawan jemputan dari luar negara disampaikan sijil penyertaan oleh setiap nominator. Mereka naik ke atas pentas memperkenalkan diri sambil karya mereka ditayangkan di paparan video. Ini membuatkan ramai karyawan jemputan berasa terharu.
Sesuatu yang menarik juga berlaku di kebanyakan galeri-galeri diseluruh Tokyo. Karyawan-karyawan tempatan mengambil inisiatif persendirian mengadakan pameran-pameran solo di galeri-galeri komersial. Ini membuatkan pameran itu bertambah besar, meriah dan bermakna.Kesempatan ini memperlihatkan betapa seluruh karyawan seni cetak bersatu walaupun mereka datang dari pesatuan-pesatuan seni cetak yang berbeza.
Seperkara yang menyentuh hati saya lagi adalah aspek-aspek pengurusan. Karya saya di hantar pulang seminggu setelah pameran tamat. Ia dihantar pulang dalam keadaan baik bersama-sama buku katalog. Gambar-gambar pula di hantar melalui email untuk di simpan oleh karyawan jemputan. Dalam hati saya bertanya, mampukah kita bekerja hingga ketahap yang sebegini satu hari nanti.
Tetamu- tetamu yang hadir semasa pameran
Tetamu- tetamu yang hadir semasa pameran
Pelukis bersama Seiko Kawachi, seorang karyawan senicetak kayu dari Jepun.
Pelukis diperkenalkan di atas pentas
Gambar kenangan
Jamuan perasmian
Bersama Sato Taeko ketika di Galeri Tomos semasa pameran solo beliau.
Bersama Kyoko Sato di pameran solo beliau di salah sebuah galeri di Tokyo
Kalau saya ingin memulakan journal ini, terus terang dinyatakan bahawa segalanya bermula dan berlaku atas dasar prinsip bersahabat dan profesionalisma. Ia bermula pada 1993 di Rue de Seine, Paris dan ketika saya bertemu Tamekane selama satu jam sebelum beliau bercuti pulang ke Tokyo. Kemudian kali kedua saya bertemu pada 2010 dipameran solo saya di Tokyo.
Pada 5 Oktober 2012 pula, beliau menunggu saya dengan senyuman di Haneda Airport pada jam 11 malam. Saya dipandu ke Yokohama untuk menginap kerana menurutnya hotel di Yokohama agak murah. Sambil memandu, saya bertanya tentang isteri dan anaknya. Beliau berjenaka, I have one wife and one daughter, and that is enough for me. Kami berdua ketawa…
Maka pada Ahad, 7 Oktober 2012 saya ke auditorium Tokyo University of Arts untuk menghadiri simposium sempena ulang tahun ke 80 tahun Japan Print Association.
Pelukis bersama Yoshikatsu Tamekane semasa perasmian pameran.
Pada 17 Jun pukul 1 tengahari, saya ada temujanji bersama Yoshikatsu Tamekane di Galeri Vivant. Saya tergesa-gesa kerana takut terlewat dan saya tiba sepuluh minit sebelum jam satu. Wah! Tamakane sudah sedia menunggu saya disana, kami berdua berjabat tangan sambil ketawa besar.
”Hah! Kita bertemu di Paris pada 1993, semasa saya tidak berduit!” ujar saya sambil ketawa. Saya juga begitu, balasnya dan kami ketawa lagi dalam suasana yang penuh keakraban. Pada masa itu, kebetulan Tamekane mahu pulang bercuti ke Tokyo dan beliau mempelawa saya untuk tinggal di rumah sewanya di Rue De Seine yang begitu hampir dengan The Lourve. Ketika itu saya berada di Paris atas geran lawatan sambil belajar oleh kerajaan Perancis. Kami berdua sebaya dan sekarang beliau sudah berumahtangga serta punya seorang anak.
Saya diberitahu sekarang Tamekane adalah ketua editor Journal Japan Print Association. Jadi beliau ingin tahu bagaimana dia boleh membantu Penang Print 2010. “Wah, anda sudah menjadi orang penting di Tokyo sekarang”, ujar saya yang mula mengusiknya. Anda juga begitu, balasnya.
“Kamu berdua sudah punya tugas dan tanggungjawab yang besar sekarang”, celah Puan Kazuko Ogata yang kebetulan berada bersama kami. Kami bertiga bersama-sama ketawa. Keesokannya kami berjanji untuk bersama-sama menghadiri perasmian pameran seni cetak Nakazato Hitoshi di Machida. “Saya akan kenalkan anda dengan guru saya Nakazato Hitoshi esok, dia seorang lelaki yang baik,’’ katanya sebelum melangkah meninggalkan saya. Itu cerita perkenalan saya dengan Yoshikatsu Tamekana 17 tahun lalu di Paris. Sememangnya, adakala perkenalan boleh memberi manfaat yang bersifat sejagat tetapi kadang-kadang perkenalan itu hanya satu watak dan titik-titik kecil dalam kamus kehidupan kita yang begitu malas untuk kita mengingatinya apalagi untuk menulis tentangnya.
(Dipetik dari www.juharisaid.com, kolum Projek, Ritual Neografica Tokyo 2010.)
Comments